Usah menyalahkan satu sama lain - Khairul Azwan - Utusan Malaysia

Usah menyalahkan satu sama lain – Khairul Azwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jun – Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak saling menyalahkan di antara satu sama lain ekoran kekalahan yang dialami dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa BN memerlukan penstrukturan semula ketika saat genting waktu ini buat BN sebagai parti pembangkang yang baharu.

“Tetapi yang pasti, kita tidak seharusnya menyalahkan satu sama lain. Kita semua bertanggungjawa dalam hal ini, ia merupakan tanggungjawab kolektif.

“Jika Ka Siong memikirkan masa depan MCA, ingatlah UMNO telah berkerja keras bagi memastikan kemenangan kerusi Parlimen anda. Gabungan parti ini berjaya kerana persefahaman parti-parti komponen BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan tersebut sebagai mengulas kenyataan Ka Siong kelmarin dalam wawancara bersama Sin Che Daily yang menyatakan MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan UMNO.

Dalam wawancara tersebut, Ka Siong turut membayangkan BN tidak lagi seperti dulu dan berkata MCA kini akan membuat keputusan sendiri.

Sementara itu, ujar Khairul Azwan, Pemuda UMNO akan menerima dengan hati terbuka sekiranya Ka Siong membuat keputusan supaya MCA tidak lagi bekerjasama dengan UMNO.

“Jika anda merasakan masa depan MCA bukan lagi bersama UMNO dan mahu berpisah, maka buatlah keputusan yang terbaik. Kami boleh terima dengan hati yang terbuka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN