PULAU PINANG 6 Jun – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menganggap tema ‘Banteras Pencemaran Plastik’ sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2018 sebagai suatu gesaan yang lebih kukuh dalam membasmi salah satu daripada cabaran alam sekitar terbesar itu ketika ini. Sehubungan itu Presidennya, S. M. Mohamed Idris menggesa semua pihak tidak lagi melengahkan isu itu dan berganding bahu bersama-sama menghapus atau mengharamkan penggunaan plastik sekali guna di negara ini. Menurut…










