UMNO tolak sebarang cubaan hina, perlekeh institusi raja - Utusan Malaysia

UMNO tolak sebarang cubaan hina, perlekeh institusi raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – UMNO menolak sebarang percubaan jahat yang menghina dan memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu, sekali gus bertujuan menghakis rasa taat setia rakyat.

Melahirkan kebimbangan terhadap penularan kebiadapan terhadap Raja-raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindung atas nama hak kebebasan bersuara, Umno mahu langkah-langkah pencegahan diambil terhadap sebarang tindakan provokatif yang menolak prinsip taat setia kepada Raja supaya prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara terus dipelihara.

“Jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan Raja-raja yang menjadi lambang demokrasi raja berperlembagaan di negara ini,” demikian kenyataan Unit Komunikasi Strategik parti itu hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

UMNO juga mahu kerajaan Pakatan Harapan bertegas dalam hal itu dan tidak mengambil sikap berdiam diri serta telus mengekalkan sebarang peruntukan dalam Perlembagaan, terutamanya yang berdasarkan semangat kontrak sosial.

Dalam kenyataan itu, UMNO menjunjung kasih dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baharu, yang sebelum ini mendapat bantahan banyak pihak.

Semalam, Seri Paduka memperkenan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sultan Muhammad V turut menitahkan semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Thomas tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini