KUALA LUMPUR 6 Jun – UMNO menolak apa sahaja cubaan jahat yang menghina dan memperlekehkan institusi diraja bagi menghakis perasaan taat setia rakyat kepada raja-raja Melayu. Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO berkata, parti itu mahu langkah-langkah pencegahan diambil terhadap sebarang tindakan provokatif yang menolak sikap taat setia kepada raja supaya prinsip Rukun Negara terus dipelihara. Menurut unit tersebut, UMNO bimbang dengan penularan budaya kebiadaban dalam kalangan individu dan pihak…










