UMNO terima tujuh pencalonan tanding jawatan Presiden - Utusan Malaysia

UMNO terima tujuh pencalonan tanding jawatan Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh calon mengemukakan borang pencalonan bagi merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu pada 30 Jun ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang membuat pengumuman itu bagaimanapun, enggan mendedahkan nama-nama calon tersebut.

“Ini merupakan angka yang tertinggi pernah dipertandingkan bagi jawatan Presiden UMNO untuk pemilihan kali ini.

“Semua nama yang dicalonkan akan disemak kelayakan dan kebankrapan mereka. Nama-nama calon akan diumumkan esok oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, seramai tiga orang mengumumkan untuk bertanding Presiden UMNO iaitu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga mengumumkan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Mengulas lanjut, Ab. Rauf memberitahu, seramai 612 orang calon telah menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan kali ini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN