KUALA NERUS – Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Prihatin UMNO Terengganu bagi membantu kakitangan agensi kerajaan negeri lantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif berkata, seramai 1,000 kakitangan agensi kerajaan negeri seperti Unit Komunikasi Negeri, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu dan pusat khidmat masyarakat bakal kehilangan pekerjaan masing-masing berkuatkuasa 1 Julai ini. “UMNO Terengganu mewujudkan Tabung…










