UMNO rayu guna sebahagian wang dibekukan - Utusan Malaysia

UMNO rayu guna sebahagian wang dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 30 Jun – Barisan peguam UMNO telah diarahkan untuk berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan parti

Memuatkan artikel berkaitan…

itu menggunakan sebahagian daripada wang dalam akaun parti itu yang telah dibekukan pihak berkuasa berkenaan.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk

Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat rayuan berkenaan bersama peguam-peguam terlibat semalam.

Menurutnya, tindakan itu perlu bagi membolehkan perbelanjaan yang telah ditentukan terutamanya melibatkan gaji, penyewaan dan kos-kos pentadbiran dapat dilunaskan setiap bulan.

“Ia (rayuan) telah dikemukan Setiausaha Agung kepada pihak SPRM dan kita harap SPRM memberikan pertimbangan sewajarnya kerana tentunya kita mahu supaya gaji, sewaan dan kos-kos pentadbiran yang lain dapat dibayar seperti biasa.

“Kita harap perkara ini dapat terus diberikan pentimbangan kerana ianya bukan untuk digunakan untuk lain-lain tujuan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Pewakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Bagan Datuk, Parit 4, Sungai Sumun di sini sini hari ini.

SPRM didakwa telah membekukan kira-kira 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk akaun milik

UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN