SEREMBAN – Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah percaya parti orang Melayu itu mempunyai harta yang cukup untuk dimanfaatkan bagi menggerakkan pelbagai kegiatan dan aktiviti parti di semua peringkat termasuk akar umbi. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, kebanyakan harta tersebut adalah dalam bentuk hartanah, bangunan dan saham dan diperolehi sejak tahun 60-an yang mana nilainya kini mungkin mencapai beberapa bilion ringgit. Menurutnya, sebahagian daripada harta berkenaan…










