UMNO perlu cari formula baharu, lupakan konsep BN seketika - Utusan Malaysia

UMNO perlu cari formula baharu, lupakan konsep BN seketika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – UMNO perlu mencari formula baharu untuk kelangsungan survival politiknya dan melupakan seketika konsep gagasan Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lima tahun akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa walau bagaimanapun berkata, soal UMNO perlu keluar daripada BN atau tidak bukanlah satu soalan berbangkit sebaliknya parti itu perlu menguatkan asas dan mengembalikan semula sokongan rakyat sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu.

“Kita mempunyai dasar dan falsafah perjuangan yang mantap, masih parti terbesar dan kuat cuma dalam PRU-14, formulasi yang dibawa dalam BN gagal kerana hanya UMNO yang junjung dan tidak parti-parti lain. Gagasan BN itu bagus tetapi dalam PRU lepas, ia tidak berjaya.

“Sebagai sebuah parti, UMNO perlu pragmatik, kita perlu kukuhkan parti dahulu baru kita cari rakan. Kalau kita sendiri tidak kuat, tiada orang mahu jadi kawan dengan kita. Berkenaan gagasan kita boleh fikirkan selepas ini, malah kita perlu membuka pintu kerjasama dengan parti-parti lain,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbukanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN