MELAKA 16 Jun – UMNO membuktikan ia adalah sebuah parti yang bersifat terbuka selepas Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan untuk menawar diri bertanding jawatan presiden parti itu pada penghujung bulan ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron berkata, keputusan dibuat Ahli Parlimen Gua Musang itu jelas menunjukkan mesej bahawa pemilihan di peringkat tertinggi parti tersebut bebas ditandingi sesiapa sahaja. “Ini membuktikan UMNO mengotakan apa yang dikatakan apabila pemilihan…










