PASIR MAS 30 Jun – Ahli dan penyokong tidak perlu takut untuk terus kekal berjuang bersama UMNO pada masa depan kerana parti keramat Melayu itu masih lagi mempunyai jiwa.
Setiausausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Hanafi Mamat berkata, mengikut statistik Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parti itu memperoleh undi sebanyak 46 peratus daripada orang Melayu.
“Pakatan Harapan (PH) 26 peratus manakala Pas 28 peratus.
“Ini jelas menunjukkan UMNO masih lagi releven dalam kalangan orang Melayu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas.
Hanafi yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas memberitahu, beliau tetap optimis orang Melayu akan terus bersama dengan parti berkenaan.
Katanya, beliau percaya kepimpinan baharu yang bakal menerajui UMNO diperingkat pusat mampu membawa perubahan positif kepada parti untuk penggal akan datang. – UTUSAN ONLINE











