UMNO kemuka rayuan kepada SPRM untuk guna wang akaun dibekukan - Utusan Malaysia

UMNO kemuka rayuan kepada SPRM untuk guna wang akaun dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK – UMNO telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebahagian daripada akaun parti yang dibekukan dapat diguna untuk tujuan pentadbiran dan pembayaran gaji.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan itu telah dikemukakan kepada SPRM semalam oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama barisan peguam yang dilantik.

Menurutnya tindakan berkenaan harus dilakukan bagi membolehkan perbelanjaan yang telah ditentukan dapat dibayar setiap bulan.

“Kita harap SPRM memberikan pertimbangan sewajarnya kerana tentunya kita mahu supaya gaji, sewaan dan kos-kos pentadbiran lain dapat terus diberikan pertimbangan kerana ia bukan digunakan untuk lain-lain tujuan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini.

Semalam  laporan media menyebut SPRM  didakwa sudah membekukan 900 akaun bank yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk akaun milik UMNO. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN