JOHOR BAHRU 2 Jun – Mesyuarat Cawangan UMNO di negeri ini berjalan lancar sekali gus tiada berlaku sebarang masalah di peringkat tersebut biarpun ada dakwaan mengatakan ramai ahli pemimpin akar umbi keluar parti.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan berlakunya dalam satu kawasan atau cawangan UMNO di negeri ini tindakan berpusu-pusu ahli dan pemimpin peringkat akar umbi meninggalkan parti.
“Jika seperti dakwaan 1,000 ahli seluruh negara keluar parti, memang kita tidak nafikan kerana ramai (ahli dan pemimpin) sertai parti semata-mata kerana parti itu membentuk kerajaan.
“Kalau UMNO hari ini berdepan perkara begitu dan satu hari bila Pakatan Harapan atau Parti Prbumi Bersatu Malaysia jatuh, orang macam ini jugalah berpusu-pusu keluar parti.
“Dalam setiap parti itu ada yang menyertainya keranan parti itu membentuk kerajaan dan kerana tidak mahu hilang manfaat…jadi golongan ini adalah mereka yang mahu kelebihan untuk diri sendiri sahaja dan tiada perjuangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Desa Perwira di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE










