Umat Islam di Thailand sambut 1 Syawal esok - Utusan Malaysia

Umat Islam di Thailand sambut 1 Syawal esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI – Umat Islam di Thailand akan menyambut Hari Raya  Aidilfitri esok setelah pihak berkuasa agama mengisytiharkan anak bulan telah kelihatan di selatan negara itu petang tadi.

Perisytiharan tarikh 1 Syawal itu serentak dengan Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Pengumuman rasmi tarikh sambutan Aidilfitri itu dibacakan oleh Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakumpol, yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi televisyen tempatan, NBT Thailand, malam ini.

Petang tadi, kira-kira 1,000 umat Islam daripada empat wilayah di selatan Thailand berkumpul di Bukit Parik, daerah Yaha di wilayah Yala untuk melihat anak bulan bagi penentuan tarikh sambutan Aidilfitri.

Anak bulan telah kelihatan kira-kira 6.45 petang tadi (waktu tempatan).- Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN