Ubah ‘tradisi’ percaturan - Utusan Malaysia

Ubah ‘tradisi’ percaturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Kepemimpinan UMNO perlukan perubahan yang drastik, bukan lagi dengan percaturan bagi menguatkan individu tertentu dalam parti.

Calon Ketua Puteri UMNO Gombak, Noley Harun berkata, parti keramat itu tidak akan berubah sekiranya ‘tradisi’ percaturan posisi terus diamalkan.



Noley percaya, ‘pendekatan’ yang diamalkan sebelum ini itu merupakan antara punca parti tersebut kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

&#8220

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO kalah kerana tradisi yang mencaturkan calon. Ini menyebabkan demokrasi tidak dapat dilaksanakan sehingga boleh menyebabkan kita terus kalah dan bayangan parti memperjuangkan kemerdekaan ini akan terkubur selamanya.

“Kita perlu perubahan, kita sememangnya perlukan perubahan! Mari pimpin dan pegang tangan saya, kita menongkah arus, teguh berdiri melawan tradisi, demi UMNO yang baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini