Tun Mahathir diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Bogor - Utusan Malaysia

Tun Mahathir diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Bogor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Bogor di sini, hari ini sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tiba di Istana Presiden itu pada pukul 10.10 pagi dan disambut oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana Joko Widodo.

Dr. Mahathir kemudian memeriksa kawalan kehormat Pasukan Pengamanan Presiden Indonesia.

Perdana Menteri tiba Jakarta semalam untuk memulakan lawatan rasmi itu, yang menunjukkan jalinan hubungan kukuh antara kedua-dua negara sejak 60 tahun lepas.

Indonesia merupakan negara pertama Asia Tenggara yang dilawati Dr. Mahathir selepas beliau menyandang jawatan Perdana Menteri susulan kemenangan menakjubkan Pakatan Harapan, yang diterajuinya, pada pilihan raya umum Mei lepas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN