Tun M perlu beri alasan isu Pulau Batu Puteh - Utusan Malaysia

Tun M perlu beri alasan isu Pulau Batu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jun- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu mengemukakan alasan kukuh dan justifikasi di sebalik hasrat mempertimbangkan menarik diri berhubung kes Pulau Batu Puteh daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apa yang menimbulkan persoalan, keputusan dibuat ketika Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang bercuti sekali gus boleh menimbulkan kontroversi dan tidak teratur.

Katanya, kerajaan negeri Johor juga tidak boleh sekadar bersikap acuh tidak acuh dan memilih untuk tidak mengambil peduli perkara besar serta penting itu yang secara tidak langsung memberi gambaran sifat berputus asa dalam berjuang menuntut hak negara.

“Pulau Batu Puteh sentiasa dilihat sebagai sebahagian daripada Johor dan ia seharusnya kekal. Keputusan tidak meneruskan prosiding tersebut seolah-olah kita menyerah kalah dan melepaskan kedaulatan kita kepada Singapura dengan mudah tanpa mempertahankannya sehabis daya dan usaha.

“Ini adalah isu kedaulatan dan bukannya perkara remeh. Ia adalah perkara yang tidak boleh digalang ganti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malaysia sah menarik diri daripada semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan keputusan pada 2008 melibatkan kedaulatan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Menurut laporan Channel News Asia yang memetik kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA), kementerian tersebut telah dimaklumkan oleh ICJ mengenai keputusan Malaysia bagi menggugurkan dua semakan kes dan tidak meneruskan prosiding.

Kenyataan berkenaan hadir sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada semakan keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dicabar semula oleh pentadbiran kerajaan terdahulu. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN