TERBANG. Kira-kira 50 petugas media dibawa menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membuat tinjauan udara baru-baru ini.
Mereka dibawa terbang selepas sidang akhbar khas bersama Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Penerbangan menggunakan dua pesawat Eurocopter EC725 dan Sikorsky S-61A Nuri dari Pangkalan Udara Subang, Selangor.
Pesawat berkenaan terbang kira-kira 30 minit termasuk melalui ruang udara ibu kota Kuala Lumpur.










