WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberitahu Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bahawa beliau boleh menghantar 25 juta imigran Mexico dari Amerika Syarikat (AS) ke Jepun dan menyebabkan Abe kalah dalam pilihan raya. Kenyataan tersebut adalah antara beberapa komen merapu yang diutarakan oleh Trump semasa sidang kemuncak negara Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada minggu lalu, demikian menurut akhbar The Wall Street Journal (WSJ) Jumaat lepas. Sidang G7 itu berakhir secara kucar-kacir…










