WASHINGTON 3 Jun – Presiden Donald Trump yang berada di bawah tekanan peguam khas, Robert Mueller berhubung siasatan terhadap penglibatan Rusia dalam pilihan raya 2016, mungkin mempunyai kuasa untuk mengampunkan diri sendiri. Bagaimanapun menurut peguamnya, Rudy Giuliani hari ini menyatakan, beliau tidak merancang untuk berbuat demikian. “Beliau tidak merancang tetapi beliau mungkin melakukannya,” tambah Giuliani sambil berkata bahawa Trump tidak berniat untuk mengampunkan dirinya sendiri tetapi Perlembagaan AS memberi kuasa…










