Trafik perlahan di lebuh raya utama setakat pukul 5 petang - Utusan Malaysia

Trafik perlahan di lebuh raya utama setakat pukul 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 5 petang ini berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas berakhirnya cuti umum sempena Aidilfitri.

Jurucakap PLUS Malaysia Bhd. berkata, aliran trafik dari arah utara perlahan dari Taiping ke Jelapang, Gua Tempurung ke Tapah dan Bidor ke Sungkai berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Aliran trafik dari selatan menuju ke ibu negara juga perlahan iaitu dari ke Pedas Linggi ke Port Dickson dan Ayer Keroh ke Jasin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan tetapi lancar di Plaza Tol Gombak menuju Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta Plaza Tol Bentong menuju Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini