Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama - PLUS - Utusan Malaysia

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama – PLUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat pukul 12.30 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang, Rawang ke Sungai Buaya, Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai dan Tapah menuju Gopeng.

“Trafik turut perlahan di Jelapang menuju Terowong Menora susulan kemalangan di dalam terowong membabitkan tiga kenderaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, di arah selatan, trafik turut perlahan dari Kajang menuju ke Putra Mahkota sehingga kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Seremban ke Pedas Linggi dan Skudai ke Sedenak. 

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, aliran trafik di semua lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah turut dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN