TPM pengerusikan MPPKN Ogos ini - Utusan Malaysia

TPM pengerusikan MPPKN Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan mempengerusikan Majlis Penasihat dan Perundingan Keluarga Negara (MPPKN) yang bersidang kali pertama pada Ogos ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, jawatankuasa di bawah Dasar Keluarga Negara itu akan dianggotai 15 wakil agensi kerajaan dan lapan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Dr. Wan Azizah, jawatankuasa itu adalah usaha kerajaan mengukuhkan institusi keluarga di negara ini menghadapi perubahan cabaran masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majlis akan mengkaji semula pelaksanaan Dasar Keluarga Negara, dengan mengambil kira isu dan cabaran keluarga masa kini dan masa hadapan.

“Antaranya, isu perkahwinan dan perceraian, kesejahteraan remaja, pengukuhan nilai keluarga, penurunan kadar kesuburan dan penuaan penduduk,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan rasmi ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suriani Ahmad serta Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini