SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan melepaskan semua jawatannya dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) termasuk presiden. Turut meletakkan jawatan ialah Naib Presiden PBNS, Datuk Ab. Ghani Hassan dan Bendahari persatuan yang juga pengurus pasukan Liga Super, Datuk Mohamad Haslah Mohd. Amin. Timbalan Presiden PBNS, Datuk Seri Mat Ali Hassan berkata, jawatankuasa eksekutif persatuan yang bermesyuarat hari ini sebulat suara menerima peletakan jawatan terbabit. …










