Tiga projek pembangunan di Taiping ditangguhkan - Utusan Malaysia

Tiga projek pembangunan di Taiping ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Tiga projek pembangunan dan ekopelancongan di sini yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) ditangguhkan pelaksanaannya apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan negeri dan pusat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd. Rahim Md. Ariff berkata, tiga projek tersebut ialah menaik taraf kemudahan asas di Bukit Larut bernilai RM3 juta, projek landskap RM100,000 dan projek ekopelancongan RM1.9 juta.

Katanya, dua daripada projek itu sudah ditender dan tawaran kerja ditangguhkan manakala satu lagi projek masih belum ditender.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua projek itu bertujuan meningkatkan kemudahan kepada pelancong yang berkunjung ke bandar warisan di sini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program larian TRR Night Run dan TRR Brooks Run 2018 di sini hari ini.

Kedua-dua program larian yang dilakukan pada waktu siang dan malam itu dilaksanakan pada 7 Julai dan 21 Okt di Pavillion Zoo Taiping di sini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini