KUANTAN – Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah bersama jika bersepakat dengan tiga negara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang lain untuk melakukan bidaan bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034. Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerajaan untuk memutuskan jika mahu menyertai Indonesia, Thailand dan Vietnam yang sudah menyatakan hasrat bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun berkenaan. “Asia Tenggara mempunyai peluang dan kekuatan untuk membida secara bersama seperti gandingan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanda yang memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah edisi 2026,” kata bekas presiden FAM itu kepada media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Istana Abdul Aziz di sini hari ini. “Memang hakikatnya sudah sampai masa negara…










