TATAU 3 Jun – Tiga maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Tatau-Bintulu di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Bakie Ladin, 33, Jeanity Leah Liana Lily, 9, dan Sai Imong, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Lily Kawan, 42, cedera. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri berkata, kejadian tersebut difahamkan berlaku setelah pemandu Proton Wira pada…










