KEPALA BATAS 20 Jun – Polis Seberang Perai Utara (SPU) menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah stesen minyak di Jalan Kampung Paya di sini awal pagi semalam. Suspek terbabit dipercayai masuk ke premis itu melalui pintu hadapan yang pecah pada pukul 4.20 pagi dan terus menghala ke arah kaunter pembayaran sebelum membuka laci duit dan menuju keluar. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner…










