Tiga calon menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian di Selangor - Utusan Malaysia

Tiga calon menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 30 Jun – Pemilihan jawatankuasa UMNO di peringkat bahagian-bahagian di Selangor menyaksikan tiga pemimpin parti itu menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua. 

Memuatkan artikel berkaitan…
TAN SRI NOH OMAR
TAN SRI NOH OMAR

Tiga individu terbabit ialah Tan Sri Noh Omar yang menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanjong  Karang sekaligus mempertahankan jawatan tersebut yang dimenanginya pada pemilihan lalu. 

Pada masa sama, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim turut menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua di bahagian berkenaan. 

Situasi yang sama turut berlaku dalam UMNO Bahagian Kuala Langat apabila bekas Timbalan Ketua bahagian itu, Zurihan Yusop disahkan menang jawatan ketua bahagian setelah tidak dicabar dalam pemilihan parti tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN