KUALA LUMPUR 22 Jun – Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji tidak akan meminggirkan dua lagi calon jawatan tersebut jika beliau terpilih menjawat jawatan berkenaan. Ahmad Zahid menegaskan, ini kerana pengalaman serta idea Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin sewajarnya digunakan untuk membangkitkan semula roh UMNO. ‘‘Jika selepas mandat diberikan kepada saya (sebagai Presiden), saya tidak akan ketepikan mana-mana calon Presiden. ‘‘Dua orang lagi (Tengku Razaleigh…










