PEMILIHAN UMNO 2018 yang akan berlangsung pada 30 Jun ini adalah pemilihan yang diadakan ketika UMNO berada di lembah yang paling bawah dalam sejarahnya yang panjang. Ketika parti itu ditubuhkan pada 11 Mei 1946, tokoh yang menjadi Presiden parti itu, mula-mula Datuk Onn Jaafar dan kemudian Tunku Abdul Rahman Putra, berjuang mengetuai gerakan orang Melayu itu di luar kerajaan selama sembilan tahun. Datuk Onn menjadi Presiden dari tahun 1946 hingga…










