Tiada layanan istimewa untuk Argentina – Dalic - Utusan Malaysia

Tiada layanan istimewa untuk Argentina – Dalic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALININGRAD – Ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic tidak akan mengubah strategi permainan pasukannya ketika bertemu pasukan pilihan Kumpulan D, Argentina nanti selepas menang dalam pembukaan kempen Piala Dunia, 2-0 menentang Nigeria awal pagi tadi.

Pada perlawanan tersebut, menyaksikan jaringan pertama terhasil apabila pemain Nigeria, Oghenekaro Etebo menjaringkan gol ke gawang sendiri pada separuh masa pertama manakala gol kemenangan Croatia diledak kapten pasukan, Luka Modric melalui sepakan penalti 19 minit sebelum tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut sekaligus melonjakkan pasukan kendalian Dali menduduki tangga teratas Kumpulan D.

Manakala Argentina pula seri 1-1 ketika menentang Iceland pada perlawanan malam semalam dan Dali berkata, dia akan menggunakan strategi sama apabila pasukannya bertemu pasukan Amerika Selatan itu Jumaat ini.

“Kami akan menghormati semua lawan kita, terutamanya Argentina, tetapi kita tidak ubah strategi kerana mereka. Kita akan bermain dengan cara kita. Kami mengetuai kumpulan ini.

“Kita akan ada sedikit perubahan ketika menentang Argentina tetapi kita tidak akan berkira-kira. Kita akan bermain bersungguh-sungguh. Ia akan menjadi salah satu perlawanan yang mudah selepas mereka seri. Ia akan menjadi permainan yang menyeronokkan ketika menentang salah satu pasukan terbaik dunia,” katanya kepada pemberita hari ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN