Thailand tumpas cubaan seludup sejumlah besar dadah - Utusan Malaysia

Thailand tumpas cubaan seludup sejumlah besar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menumpaskan cubaan menyeludup sejumlah besar dadah jenis Methaphetamine ke bahagian selatan negara itu dan ke sebuah  “negara ketiga”  apabila merampas 9 juta biji pil “Yaba” (pil gila) dan 300 kilogram (kg) “Ice” (Crystal Methaphetamine) bernilai berjuta bilion baht pada harga pasaran.

Dadah itu dirampas di Chiangmai dan bahagian tengah Thailand beberapa hari lalu dalam operasi yang diselaraskan pihak berkuasa yang menyaksikan enam suspek ditahan terdiri daripada seorang wanita dan lima lelaki.

“Dadah itu adalah untuk diseludup ke sebuah “negara ketiga” menerusi selatan Thailand yang menjadi pusat transit bagi sindiket dadah itu,” kata pegawai Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand, Sirinya Sitdichai kepada Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan “negara ketiga” yang menjadi destinasi dadah tersebut, sungguhpun spekulasi menyebut bahawa negara itu adalah Malaysia bersasarkan jarak yang dekat dengan selatan Thailand.

Menurut Sirinya selain perbatasan Thailand yang menjadi pusat transit bagi aktiviti penyeludupan dadah ke “negara ketiga” yang tidak didedahkan itu, sindiket tersebut juga menggunakan Trang, Krabi dan Satun sebagai destinasi penyeludupan dadah mereka.

Berdasarkan operasi anti dadah terdahulu, penyeludup akan mengeksport semula dadah berkenaan sejurus tiba di “negara ketiga”. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN