BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menumpaskan cubaan menyeludup sejumlah besar dadah jenis Methaphetamine ke bahagian selatan negara itu dan ke sebuah “negara ketiga” apabila merampas 9 juta biji pil “Yaba” (pil gila) dan 300 kilogram (kg) “Ice” (Crystal Methaphetamine) bernilai berjuta bilion baht pada harga pasaran. Dadah itu dirampas di Chiangmai dan bahagian tengah Thailand beberapa hari lalu dalam operasi yang diselaraskan pihak berkuasa yang menyaksikan enam suspek ditahan terdiri daripada seorang wanita dan lima lelaki. “Dadah itu adalah untuk diseludup ke sebuah “negara ketiga” menerusi selatan Thailand yang menjadi pusat transit bagi sindiket dadah itu,” kata pegawai Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand, Sirinya Sitdichai kepada Bernama hari ini.…










