Thailand laksana hukuman mati tahanan penjara - Utusan Malaysia

Thailand laksana hukuman mati tahanan penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 19 Jun – Thailand me­laksanakan hukuman mati buat pertama kali terhadap tahanan penjara sejak 2009 dan disifatkan oleh kumpulan Amnesty International sebagai satu ‘usaha salah’ untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Theerasak Longji, 26, dihukum mati dengan suntikan maut di Penjara Pusat Bang Kwan di utara Bangkok semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 2012.

Longji merupakan individu ketujuh yang dihukum mati de­ngan suntikan maut sejak Thailand memperkenalkan kaedah itu bagi menggantikan hukuman mati menerusi skuad tembakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebanyak dua tahanan dihukum mati buat kali terakhir pada 2009 atas kesalahan mengedar dadah.

Aktivis Amnesty Internatio­nal Thailand, Katherine Gerson berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu pencabulan hak kehidupan.

“Tiada bukti yang menunjukkan hukuman mati mempunyai kesan yang efektif untuk membendung kadar jenayah seperti yang diharapkan oleh pihak berkuasa negara ini.

“Kerajaan Thailand perlu menghentikan sebarang cadangan untuk melaksanakan hukuman mati pada masa akan datang secara serta-merta,” katanya.

Berdasarkan data yang diperoleh Jabatan Pemulihan Thailand menunjukkan sebanyak 520 daripada 361,030 tahanan di negara ini sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini