Teruskan projek pengangkutan awam bukan kereta nasional baharu - Utusan Malaysia

Teruskan projek pengangkutan awam bukan kereta nasional baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pakatan Harapan seharusnya meneruskan projek pengangkutan awam seperti projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan bukannya memulakan sebuah lagi projek kereta nasional.

 

Najib berkata, tindakan tersebut hanya akan menyebabkan kerajaan melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang membebankan rakyat dengan harga kereta dan kos pembiayaan lebih tinggi.

“Sepanjang masa saya sebagai Perdana Menteri, saya telah membuat keutamaan untuk mengurangkan harga kereta secara beransur-ansur dengan memperkenalkan insentif semasa memperluaskan projek pengangkutan awam.

“Akibatnya, harga kereta sekarang lebih rendah daripada ketika saya mula-mula menjadi Perdana Menteri dan sementara itu penggunaan pengangkutan awam telah melonjak,” katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN