Teruskan operasi Ekspres Wau - Utusan Malaysia

Teruskan operasi Ekspres Wau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA berasa teramat kecewa dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana tidak mengembalikan operasi tren Ekspres Wau. KTMB nampaknya lebih berbangga dengan tren Lambaian Aidilfitri yang dianggap lebih bagus daripada Ekspres Wau.

Dek kerana nak menjaga perkhidmatan keretapi berelektrik (ETS), KTMB sanggup menafikan hak rakyat khususnya dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Bagi saya, keistimewaan yang disediakan untuk tren Lambaian Aidilfitri nampak biasa sahaja. Persoalan saya, adakah koc yang akan digunakan semuanya sempurna?

Memuatkan artikel berkaitan…

Adakah koc yang akan digunakan itu lain daripada yang lain? Adakah KTMB tidak sedar atau sengaja memejam mata akan hal Ekspres Wau ini?

Sepatutnya perkhidmatan kereta api yang memberi manfaat kepada penumpang perlu di titik beratkan. Penumpang mahukan tren tambang murah dan bukannya tren sewa khas ciptaan KTMB sendiri.

Mengapa tren Ekspres Timuran boleh beroperasi sedangkan Ekspres Wau dinafikan untuk beroperasi? Alasan tiada koc atau lokomotif tidak mencukupi tidak boleh diterima pakai.

BAKAL PENUMPANG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini