TANPA kita sedar, baju yang dipakai adalah lebih daripada sekadar pakaian. Apa yang kita pakai juga merupakan pantulan hati yang sebenar. Mengambil pengalaman hidupnya sendiri, pemilik jenama pakaian tempatan Aere, Raja Nadia Sabrina menterjemahkan jiwanya ke dalam rekaan koleksi rayanya iaitu Faith yang dipamerkan pada pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya 2018, baru-baru ini. Koleksi Faith bagi Raja Nadia merupakan refleksi kepada kepercayaan atau keyakinan dalam membuat keputusan yang besar sewaktu…










