Terima keputusan dengan hati terbuka-Shahrizat - Utusan Malaysia

Terima keputusan dengan hati terbuka-Shahrizat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun-Semua ahli UMNO perlu menerima keputusan pemilihan tiga sayap parti itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk terus berjuang demi rakyat serta pembangunan negara.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ahli UMNO juga perlu terus membina penyatuan bersama rakyat dalam meraih sokongan serta kepercayaan mereka.

“Jika kita tahu kita berjuang untuk rakyat ia tidak akan menjadi sukar terutama dalam situasi kini yang agak mencabar.

“Oleh itu saya berharap ahli terima sesiapa sahaja calon yang menang.Saya sungguh bertuah selepas diberi peluang untuk menerajui parti politik yang mengangkat martabat wanita,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri mesyuarat perwakilan dan pemilihan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula serentak di 191 bahagian pada 9 pagi ini.

Shahrizat memutuskan tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita dalam pemilihan kali ini dengan seramai tiga tokoh bertanding untuk jawatan tersebut iaitu Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azizah Mohd. Dun sementara empat lagi dicalonkan bagi Naib Ketua Wanita UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN