SAUDARA PENGARANG, PELAKSANAAN kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) sifar peratus agak caca merba dalam kalangan peniaga dengan ada yang mengikut arahan sementara selebihnya masih mencari alasan untuk tidak menurunkan harga. Tahniah saya ucapkan kepada pengurusan Pasar Raya Big Taman Seri Gombak yang beberapa hari lebih awal melaksanakan kadar GST sifar dan memberi penjimatan kepada para pelanggan. Namun, peniaga bazar Ramadan pula kelihatan enggan berganjak dan kekal dengan harga sama…










