Tentera rampas 95kg daun ketum bernilai RM8,850 - Utusan Malaysia

Tentera rampas 95kg daun ketum bernilai RM8,850

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP – Markas 6 Briged melalui Pasukan Rejimen Sempadan 4 (4 RS) merampas 95 kilogram (kg) daun ketum yang dianggarkan bernilai RM8,850 dipercayai cuba diseludup ke Thailand dekat Pos Batu 34 dekat sini hari ini.

Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Abd. Aziz Ismail berkata, daun ketum tersebut yang dimuatkan dalam guni dan plastik hitam itu dijumpai pasukan tersebut diketuai Sarjan Fred Wong bersama tiga anggota tentera ketika melakukan rondaan kira-kira pukul 12.45 petang.

“Semasa pemeriksaan dibuat, anggota tersebut mendapati terdapat daun ketum yang sudah siap diikat dan dibalut dengan plastik lutsinar seberat 95kg dalam bungkusan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi yang digunakan penyeludup adalah dengan menyembunyikan bungkusan mengandungi daun ketum dalam semak.

“Bungkusan yang disembunyikan tersebut akan diambil oleh pihak ketiga sebelum diseludup masuk ke negara jiran,” jelasnya.

Abdul Aziz menambah, tiada tangkapan dilakukan dan barangan rampasan berkenaan diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang dekat sini untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN