Tentera Malaysia dibawa pulang - Utusan Malaysia

Tentera Malaysia dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk membawa pulang kira-kira 200 anggota tentera Malaysia yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi dalam masa terdekat bagi mengelakkan Ma­laysia terpe­rangkap dalam konflik berdarah di Asia Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memberi­tahu, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ka­binet pada Rabu lalu kerana Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa besar dunia.

Menurutnya, penarikan semula anggota tentera itu juga dilakukan setelah melihat bilangan rakyat Malaysia yang berada di Yemen sejak tahun 2015 semakin berkurangan.

“Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Ops Yemen te­lah bermula sejak 2015 lagi dan sehingga kini telah menyaksikan penyusutan yang ketara berhubung bilangan rakyat (Malaysia) khususnya yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Yemen.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN