KUALA LUMPUR – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah belum memutuskan sama ada bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini. Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata, beliau sedang mempertimbang pandangan pelbagai pihak yang mahu beliau bertanding jawatan tertinggi UMNO itu. Namun, katanya, beliau merasakan orang muda perlu diberi tanggungjawab memimpin parti yang berusia 72 tahun itu. “Saya dah terima pandangan dari keluarga (berhubung cadangan…










