PUTRAJAYA – Tempoh penyerahan penyata belanja Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berakhir pada Khamis ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR dalam satu kenyataan hari ini, mengingatkan semua calon yang bertanding pada PRU-14 atau ejen pilihan rayanya agar menyerahkan penyata belanja pilihan raya kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU-14 diwartakan. Selaras dengan Seksyen 23, Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954, suruhanjaya itu berkata, tempoh penyerahan tersebut akan berakhir pada 28 Jun ini (Khamis). “Calon-calon yang gagal…










