Tarikh akhir bayaran potongan PCB, CP500 pada Jumaat ini - Utusan Malaysia

Tarikh akhir bayaran potongan PCB, CP500 pada Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengingatkan orang ramai supaya membuat bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi saraan Mei 2018 dan bayaran ansuran anggaran cukai (CP500) bagi Borang B Tahun Taksiran 2017 sebelum Jumaat ini. LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menggalakkan pembayaran lebih awal memandangkan tarikh akhir tersebut jatuh pada hari kelepasan am iaitu Hari Raya Aidilfitri.  Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan internet atau melalui ejen-ejen kutipan LHDN bagi mengelakkan sebarang kesulitan. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN