Tarif AS: China beri amaran batal perjanjian - Utusan Malaysia

Tarif AS: China beri amaran batal perjanjian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 3 Jun – China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa sebarang persetujuan yang dicapai semasa rundingan perdagangan yang sedang berjalan akan terbatal jika Washington meneruskan implementasi tarif ke atas barangan China, dalam rundingan terbaharu yang berakhir hari ini di Beijing.

Rundingan perdagangan ketiga antara dua ekonomi terbesar dunia tersebut kelihatan gagal untuk merapatkan jurang antara Beijing dan Washington yang bertelagah disebabkan perdagangan China dan amalan dasar perindustrian yang disifatkan Presiden AS Donald Trump sebagai membunuh pekerjaan rakyat Amerika.

“Jika AS memperkenalkan sekatan perdagangan termasuk peningkatan tarif, kesemua persetujuan ekonomi dan perdagangan yang dirundingkan oleh kedua-dua pihak setakat ini akan terbatal,” kata satu kenyataan kerajaan China menerusi agensri berita rasmi Xinhua.

Rundingan di Beijing yang diketuai Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross dan Timbalan Perdana Menteri China, Liu He tersebut adalah bertujuan untuk meredakan ketegangan susulan kenyataan Washington pada Selasa lalu bahawa mereka akan meneruskan tarif ke atas import China walaupun perjanjian perdamaian disepakati antara kedua-dua pihak pada bulan lalu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN