IPOH 9 Jun – Biarpun pelantikan Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai Penasihat kepada Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mendapat kecaman, salah seorang exco kerajaan negeri mengingatkan bahawa tanpa sokongan ADUN Sungai Manik itu hasrat menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Perak masih lagi menjadi suatu impian. Pengerusi Jawatankuasa Multimedia, Komunikasi, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, Zainol memahami sokongannya terhadap pembentukan kerajaan Pakatan Harapan agak terlewat, justeru…