PUTRAJAYA – Kerajaan akan mewujudkan Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-Kanak bagi menangani masalah nutrisi, sosial, kesihatan, pendidikan dan kemiskinan melibatkan golongan kanak-kanak secara holistik. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebuah jawatankuasa pemandu bakal dibentuk bagi merangka pelan berkenaan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak sebagai sekretariat. Beliau memberitahu, empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan…










