Tambah baik peranan Jakim - Utusan Malaysia

Tambah baik peranan Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyambut cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu menambah baik pe­ranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya (gambar) berkata, langkah itu dapat mengukuhkan keyakinan umat Islam di negara ini untuk melihat agenda Islam diperkasakan oleh kerajaan.

Beliau berkata, tindakan sesetengah pihak yang mendesak Jakim ditutup adalah tidak relevan memandangkan agensi tersebut selama ini banyak menjaga hal ehwal Islam di negara ini.

“Walaupun terdapat kelemahan di beberapa sudut, ia tidak sepatutnya ditutup kerana ia masih sangat relevan dan diperlukan dalam kecelaruan pemikiran umat Islam sekarang ini.

“Kami menyokong keputusan kerajaan untuk mengambil pandangan pakar-pakar dalam kalangan penganut Islam berkaitan urusan umat dan hal ehwal agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN