Tak perlu pertikai hak keistimewaan YDPA - Anwar - Utusan Malaysia

Tak perlu pertikai hak keistimewaan YDPA – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak wajar sesiapapun menggunakan kebebasan bersuara untuk mempertikaikan hak dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu.

Menurut beliau, walaupun tidak menafikan hak seseorang untuk menulis atau berbicara, namun untuk menyerang dan menghina raja-raja Melayu dengan fakta yang boleh dipertikai dan maksud untuk menimbulkan permasalahan dalam negara adalah kurang wajar.

“Tidak wajar untuk (Ketua Media dan Komunikasi, Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A.) Kadir (Jasin) menggunakan hak dan kebebasan yang ada untuk menyerang institusi Raja-Raja Melayu berlandaskan fakta yang boleh dipertikaikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pertemuan Khas Bersama Wakil Rakyat PKR di Hotel One World, dekat sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengkritik A. Kadir selepas diminta mengulas mengenai dakwaan Tokoh Wartawan Negara itu bahawa kira-kira RM257 juta telah digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini